Friday, January 14, 2011

Bila meludah pastikan..

Kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur merata-rata dan tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis. Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada cara-caranya. Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah didepan orang ramai atau orang sedang menjamu selera. Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan meludah air liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang dan tempat-tempat kotor yang lain.






Yang amat penting kita perlu tahu ialah

1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis (DIGALAKKAN)

2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi kita
iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah)

3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH SWT.
(Nauzubilah)

Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu. Meludah lah selalu kesebelah kiri.

Wallahualam.

MENGUAP

Abu Hurairah meriwayatkan dari Nabi saw, baginda bersabda :
Maksudnya : "Jika seseorang kamu menguap, maka dia kawal (berusaha tidak menzahirkannya) setakat yang dia termampu, dan jangan dia kata Haa Haa, kerana sesungguhnya demikian itu dari perbuatan syaitan, dia ketawa kerananya."
(Sahih Abi Daud oleh al-Albani dan dikeluarkan juga oleh al-Bukhari)




Tuesday, January 11, 2011

CINTA SEBELUM NIKAH VS CINTA SELEPAS NIKAH


Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Namun semuanya itu harus di lakukan mengikut syarat dan batasan-batasan yang tertentu yang telah ditetapkan. Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak negara Islam sebenarnya diambil dari budaya barat, ternyata ia mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding positif.

Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah.

Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan. Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka. Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.



KOMENTAR C.I.N.T.A

Aku Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.


Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah. Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:

Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.

Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?

Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Maka. InsyaAllah, aku tidak akan sekali-kali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana Mu.”


Monday, January 10, 2011

ASSALAMUALAIKUM...

Assalamualaikum wahai pembaca sekalian..haha..itupun kalau ada yang sudi baca blog aku nih..huahuahua...x pun simpan jer dlm ni..haha...hehe..aku x tahu nak tulis apapun kat sini..akupun bukan nyer jenis rajin nak menulis....malas pun ada..haha..main blog pun sekadar suka2..hihi..haha..Hari ini Isnin 10 Januari 2011..aku kembali bekerja selepas seminggu bercuti...haha..2 pun masa cuti aku UNLUCKY ckit...ingat masa cuti nak g melancong ker..merehatkan minda dr bebanan kerja pejabat n bergembira..tetapi masa tu pulak demam nak datang..haish..huhu...x per,,mungkin ada hikmah Allah bagi aku demam masa 2..x aku g jalan2 jer keje..hihi...

haha..pas seminggu bercuti..bila balik Office kerja melambak giler...2 yang aku x suka masuk Office..benda ni memang x boleh aku nak elak..haha..dah jadi makan minum harian aku d pejabat..so aku kena hadapi  haha sebab masalah n penyakit malas datang dari diri aku sendiri...kih3...tahu pun... haha...masa kerja hari pun aku sempat amik masa tido kejap dalam stor belakang..pergh..memang ngantok giler ari nie..nak buat keje pown x da mood..haiyaa..haha...org macam aku ni memang merugikan masa yang ada..

haha..sekarang jam 7.37 malam...aku x tau nak buat apa..huh..bosan...rasa nak g tengok movie tp nk keluar hujan la pulak..rasa nak tido pun ada...tp awal lagi..haha..so main game jer jawabnya..hihi...

                                                

Friday, December 31, 2010

~SELAMAT TINGGAL TAHUN 2010~


Tahun 2010 dah hampir melabuhkan tirainya. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutupkan tirainya dan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Peredaran masa yang cukup pantas bagi aku. Rasa macam baru je sambut kedatangan tahun 2010. Pejam celik pejam celik, dah pun sampai hujung tahun.
Memori 2010.....Kalau nak diceritakan balik di blog, mungkin tak cukup. Haha maklumlah banyak benda yang tidak disangka berlaku tahun ni. Kisah suka dan duka serta pelbagai cabaran yang sudah ku tempuh dalam meniti arus kedewasaan di kala umur yang semakin meningkat...Namun yang baik akan ku  jadikan panduan serta pedoman dan yang buruk akan ku jadikan pengajaran dan iktibar buat diriku...Akan ku sematkan sahaja semua tu dalam ingatan dan hatiku untuk dijadikan panduan dalam mengecap impian dan kejayaan aku di masa hadapan. Hehe...sebelum terlupa saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011......

Friday, December 24, 2010

Kelebihan Ayat Kursi Untuk Perempuan

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.







Wednesday, December 22, 2010

~~~~7 KALIMAH MULIA~~~~

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia disisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap
Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap
Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap
Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap
Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hariesok.

5. Mengucap
La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap
La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.