Thursday, February 24, 2011

Cuba Try Test Nih.. Best.. Sure Korang Terharunyer

This is so true..JANGAN MENIPU OKEY.. (You'll will kick yourself later) I was a little skeptical trying this, tapi kalo korang follow instructions tuh bebtul, you'll be surprised!!!! All of my answers were accurate. We'll see tomorrow if the wish comes true. I'll let you know. Take 3 minutes and try this... it will freak you out! The person who sent it to me said her wish came true 10 minutes afterthey read the mail. BUT NO CHEATING! This game has a surprising outcome.Don't read ahead... just do it in order! It takes about three minutes... it's worth a try Memula amik pen ngan kertas.Kalo korang pilih name somebody, make sure owang tuh mmg wujud & korang kenal..gunakan instinct korang yg pertama okeyy... Scroll down one line at a time... and don't read ahead or you'll ruin it!

1. First,tulis nombor 1 sampai 11 dalam satu kolum... (berturutan ke bawah @ vertically).

2. Then, sebelah nombor 1 and 2, tuliskan dua nombor yg korang nak..apa2 nombor la...

3. sebelah nombor 3 and 7,tuliskan name org yg berlainan jantina dgn kowang... jgn lak tulis name yg same... gunakan gerak ati kowang...

4. tulisla name sesape(like friends or family... .) kat nombor 4, 5 and 6th spots.

5. Write down empat tajuk lagu kat nombor 8,9,10, and 11.

GO WITH YOUR INSTINCT, FRIENDS!!!!

6. Finally, make a wish.

And now the key for the game... ..

1. korang mesti bgtau seramai(jawapan utk no. 2) org pasal game nih...

2. Name owang kat space 3 is the one that you love.

3. The person in 7 is the one korang suke but can't work out.

4. Korang paling care kat owang yg korang letak kat no. 4.

5. The person you name in number 5 adalah owang yg kenal korang very well.

6. The person you name in 6 is your lucky star.

7. The song in 8 is the song that matches with the person in number 3.

8. The title in 9 is the song for the person in 7.

9. Jawapan no. 10 adalah lagu that tells you most about YOUR mind.

10. and 11 is the song telling you how you feel about life

Saturday, February 19, 2011

WANITA YANG DI SAYANGI ALLAH



Perempuan yang suci

Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…


Tetapi andai kita bergelumang

Dengan cinta lelaki yang palsu imannya


Di mana Allah untuk menjaga kita?

Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita


Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri

Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…


Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari

Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

Saturday, February 12, 2011

~AWAN NANO~

oh ...saya tengah layan video klip lagu AWAN NANO by HAFIZ AF7..First time dengar lagu ni terus aku jatuh suka dengan lagu ni...ditambah lagi dengan vokal HAFIZ yang mantap..tengah aku syok layan video klip lagu nih dengan tiba-tiba jer air mataku tumpah..video klip dia memang menyentuh hati dan perasaan...apa lagi aku ni memang jenis sensitif dan emosi(muka jer nampak rock kata kawan aku tapi cengeng)haha...haha..bukannya aku kacau orang pun..nak dijadikan cerita...video klip ini pun banyak juga berkait rapat dengan kehidupan aku...teringat aku dengan bapak di kampung...apa khabarla bapak di sana..rindu dengan bapak..huhu..moral dari video klip ini lebih membuatkan kepada keinsafan..tengok berkali-kali memang sentap tak habis-habis..jom sama-sama kita layan video klip ni....

AWAN NANO-HAFIZ AF7

 

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Thursday, February 10, 2011

RAHSIA CINCIN DI JARI MANIS



Pernah terfikir pasal benda ni? Jika hendak tau jawapannya, cuba ikut buat seperti dibawah. Sesungguhnya alamsemesta ciptaan tuhan memang banyak rahsianya.


   
 
 
*Rapatkan kedua-dua tapak tangan … pastu bengkokkan dan rapatkan jari ketiga (jari tengah) … serta  cantumkan hujung jari-jari yang lain seperti dalam gambar di atas.
Mari kita mula permainan ini.




1.    Cuba buka dan renggangkan ibu jari. Jari ini mewakili kedua  ibubapa  kita. Ianya boleh dibuka sebab semua manusia akan sakit dan mati. Satu hari nanti kedua orang tua kita juga akan pergi meninggalkan kita.

2.    Rapatkan semula ibu jari dan buka jari kedua (jari telunjuk). Jari ini mewakili adik beradik kita yang juga satu hari nanti akan berkawin dan bila dah berkeluarga, mereka juga akan meninggalkan kita.

3.    Rapatkan semula jari kedua tu dan buka pula jari kelima (jari kelingking). Jari ni mewakili anak-anak kita bila kita dah berkeluarga nanti. Kita pun kena menerima hakikat bahawa mereka juga akan pergi meninggalkan kita bila mereka juga telah berkawin dan berkeluarga.

4.    Rapatkan semula jari kelima tu. Sekarang cuba buka jari manis  yang kita sarongkan cincin perkahwinan kita tu. Korang mesti terkejut jari manis tu sedikit pun tak mau bergerak dan tak boleh dibuka langsung. Aneh kan!!! …



" Kerana jari manis lah lambang hubungan suami isteri… bila dah kawen dan bersatu ianya harus bersama hingga ke akhir hayat. Pelik tapi benar dan itu lah hakikat sebenar cinta sejati yang penuh dengan kasih sayang … terus bersama hingga ke akhir hayat."

Wednesday, February 9, 2011

KENAPA ORANG MELAYU MAKAN GUNA TANGAN






Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes. 

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya... ... ... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"  Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.



 
Katanya:


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab: 
 
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih. 
 
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya. 
 
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang... . ... ... ... !!


Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut... . 

Dalam Hadis Rasulullah S.A.W ada menyatakan :

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)


Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu... ... ... ... ... ... ... .. ...betul juga  ya..