Sunday, December 18, 2011

SAKIT ITU ADALAH KAFARAH PENGHAPUS DOSA

ASSALAMUALAIKUM WBT...DAN SELAMAT HARI AHAD

Hehe..rasanya lama dah tak buat entri...sejak akhir-akhir ni kerja banyak nak disiapkan dan program di hujung tahun semakin banyak ..tetapi bila dah berakhir program Sambutan Maal Hijrah 1433H, memang rasa lega habis-habisan..memangla penat sebab kerja sampai ke malam..huhu..tapi memang berbaloi-baloi la penat..haha..

Nak dijadikan cerita, saya suka dengar perkataan ingat lima perkara sebelum lima perkara...dalam kehidupan kita seharian, memang kita hendaklah praktikkan supaya kita sentiasa TIDAK AKAN LUPA kepada-NYA..bila kehidupan sibuk jadi, kita sebagai umat Nabi Muhammad juga tidak akan lari dari melakukan kesilapan sehingga kita lupa bersyukur kepada-NYA, tetapi hanya bila kita ditimpa musibah baru kita ingat untuk sujud kepada-NYA..

oleh itu, kita hendaklah INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA
Antaranya ialah :


1. SIHAT SEBELUM SAKIT

2.KAYA SEBELUM MISKIN

3. HIDUP SEBELUM MATI

4. LAPANG SEBELUM SEMPIT

5.MUDA SEBELUM TUA

Dan salah satunya yang aku ambil dari 5 perkara di atas ialah SIHAT SEBELUM SAKIT, dan kita juga hendaklah manfaatkan masa sihat sebelum sakit..dalam kesibukan bekerja, kita juga akan mementingkan kualiti kerja dan yang penting juga kita dikehendaki menyiapkan kerja tersebut dalam masa yang ditetapkan.