Tahun 2010 dah hampir melabuhkan tirainya. Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutupkan tirainya dan meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan pahit dan manis yang dah berlaku sepanjang tahun ni. Peredaran masa yang cukup pantas bagi aku. Rasa macam baru je sambut kedatangan tahun 2010. Pejam celik pejam celik, dah pun sampai hujung tahun.
Memori 2010.....Kalau nak diceritakan balik di blog, mungkin tak cukup. Haha maklumlah banyak benda yang tidak disangka berlaku tahun ni. Kisah suka dan duka serta pelbagai cabaran yang sudah ku tempuh dalam meniti arus kedewasaan di kala umur yang semakin meningkat...Namun yang baik akan ku jadikan panduan serta pedoman dan yang buruk akan ku jadikan pengajaran dan iktibar buat diriku...Akan ku sematkan sahaja semua tu dalam ingatan dan hatiku untuk dijadikan panduan dalam mengecap impian dan kejayaan aku di masa hadapan. Hehe...sebelum terlupa saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011......
0 comments:
Post a Comment