Sunday, January 30, 2011

~RENUNGAN JENIS MAKANAN KITA SEHARIAN~







Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita
makan sehari-hari, kita
tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab
terjadinya berbagai penyakit
antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit
jantung, keracunan
makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah
mengetahui ilmu ini,
tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz
Abdullah Mahmood
mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut
sepanjang hayatnya kerana
pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah
kalau anda ikut diet
Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut
ataupun keracunan
makanan.


Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL


CARA MAKAN
JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA
MAKANLAH BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA
YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN
AKAN BERGANDA.


Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya...
cubalah..... ......... ......... ......... .
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan
berpengaruh bila kita
sudah tua nanti.
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan
makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan
bersama susu. karena
akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
ilmuwan yang menemukan
bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan
dalam ikan mengandung
ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan
ikan maka akan terjadi
reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.


Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt
membuat
amalan antara lain:


Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam
sebelum matahari
terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat
mengurangi penimbunan
lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi
kebanyakan badan tak
gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air
sejuk (bukan air ais)
setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari
penyakit (susah mendapat
sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita
bertafakur (iaitu sujud
sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa).
Kita akan terhindar dari
sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para
ilmuwan yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
Ahli-ahli sains telah menemui
beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah
di kepala yg tidak
dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir keruang tersebut.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila
habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah
menemukan bahwa enzim
banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali
ganda terdapat dalam
air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan)
Wassalam...


Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa
menyebarkan ilmu demi
kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10
kali kepadanya.


Saturday, January 22, 2011

PERSAMAAN SIKAP ANTARA KUCING DAN LELAKI..




Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. adeh...kaum ADAM janganlah marah ek..sekadar nak berkongsi cerita jer..huhu...Mengapa? 

1) Kucing jantan suka dibelai.

~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.
2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni. 


3) Kucing jantan kuat tidur

~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sangat, tap ibilangannya amat sikit). Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka ? jadi, jangan kacau time dia tidur. 



4) Kucing jantan kuat merayap

~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan TETAPI, jika kucing mahal/baka baik,selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki. 

5) Kucing jantan mahal/bakabaikmakan Friskies, 
kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami. 

6) Kucing jantan tak suka dipaksa

~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki. bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.susah nanti korang..jangan menanges sesal tak sudah...


 7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan... . Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan. 

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka 

~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut-rebut  kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!! 


9) Kucing jantan ada yang ego/buat layan kat tuannya/org sekeliling

~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia,"miow, miow mari sini",(kalau time ia tak lapar), mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita.Namapun lelaki, merekat akkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati. 


10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tapi ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bukan yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dengan first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis tak nak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).
           





Wednesday, January 19, 2011

OH!!! I NEED THAT CAR!!!

Tadi masa aku g jalan2 keluar office pergi beli makanan..aku g tengok showroom kereta SAGA FL di CHOICE SUPERMALL Petra Jaya Kuching...pergh...aku suka design kereta 2...kaler biru..lampu depan dia memang style..menyesal pulak beli kereta awal..huhu...sekarang aku ada SAGA BLM jer...berkenan tol tengok SAGA FL...tp x per la...itu hanya kehendak yang lahir dari hati..bukan keperluan....xper..bersyukur juga kerana yang sedia ada sudah cukup berjasa buat aku..hihi....walapun kereta SAGA BLM 2 pernah accident sekali..baru sebulan jer beli dah accident..huhuapapun...aku inginkan kereta aku itu jadi warna PINK...hehe....aku peduli apa orang kata and kutuk2..bukan kereta mereka..kereta akulah!!!hihi....hehe...doa2 jer satu hari aku dapat tukar kaler kereta jadi warna pink...tunggu rezeki lebih jer lagi..huhu.....


ADAKAH ANDA BENAR-BENAR KENAL DIRI ANDA?


Percaya atau tidak, anda boleh mengenal diri anda dengan mudah tanpa melawat hospital untuk mereka yang mengalami tekanan jiwa, ataupun dengan mengadakan sesi consultation dengan saya dengan yuran nominal bersamaan RM400 setiap jam (diskaun 10 peratus akan diberikan kepada mereka yang mengambil masa sehingga 5 jam ke atas). Untuk memudahkan hidup anda dan agar anda tidak perlu membayar saya yuran tersebut, dengan secepat yang boleh sila cari pen/pensel dan sehelai kertas. Sudah jumpa?








Bagus, sekarang baca 10 soalan di bawah dan jawab dengan seikhlas yang boleh. Anda tidak boleh berfikir terlalu lama untuk mencari jawapan, dan pilihlah perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda. Oh ya, anda juga harus menjawab semua soalan ini mengikut turutan dari yang pertama hinggalah yang kesepuluh. Ingat, jangan menipu diri sendiri dengan mencari rasional jawapan anda terlebih dahulu. Kalau sudah bersedia mari kita mulakan, anda hanya perlu membayangkan soalan yang diberi dan menjawab secepat yang boleh:

10 soalan tentang diri anda
1. Anda sedang berjalan dengan seseorang di dalam sebuah hutan yang sunyi. Siapakah yang sedang berjalan dengan anda?
2. Anda sedang berjalan seorang diri di dalam sebuah hutan dan anda ternampak seekor haiwan. Apakah haiwan yang anda nampak?
3. Jika anda boleh berinteraksi dengan haiwan itu, apakah soalan-soalan yang akan ditanya?
4. Anda berjalan semakin jauh ke dalam hutan yang sunyi itu dan tiba-tiba anda terlihat sebuah rumah yang cantik yang menjadi idaman hati anda. Ceritakan tentang rumah itu dari segi saiznya.
5. Adakah rumah idaman hati anda itu dikelilingi dengan pagar?
6. Anda pun masuk ke rumah itu dan ternampak sebuah meja makan. Cuba anda ceritakan apa yang anda lihat di atas dan di sekeliling meja makan itu.
7. Kemudian anda keluar dari rumah itu melalui pintu belakang. Di atas rumput kelihatan sebuah cawan. Ianya diperbuat daripada apa?
8. Apakah reaksi anda dan apa pula yang anda lakukan dengan cawan itu?
9. Kerana sudah bosan, anda pun bergerak ke hujung kawasan rumah itu di mana anda telah bertemu dengan air. Dari manakah datangnya (asalnya) air itu?
10. Bagaimanakah caranya anda akan melangkah untuk meredah air itu (jika perlu diredah)?
Percaya atau tidak, 10 Soalan yang saya berikan tadi adalah berdasarkan ujian Psikologi yang dikenali sebagai Ujian ‘Relational Values’. Ini bermakna, semua soalan tadi adalah berkaitan dengan nilai-nilai dan perkara materialistik yang anda pentingkan di dalam hidup anda. Saya sertakan analisis penuh setiap soalan untuk tatapan anda. Sudahkah anda dapat mengenali diri anda sekarang?
Analisis 10 soalan di atas, berdasarkan jawapan anda tadi…
1. Si dia yang sedang berjalan dengan anda itu adalah di antara orang yang paling penting dan paling anda percayai dalam hidup hingga setakat ini.
2. Saiz haiwan yang anda nampak itu adalah berkaitan dengan persepsi anda tentang masalah-masalah yang sedang anda hadapi dalam hidup.
3. Proses interaksi anda dengan haiwan itu sebenarnya melambangkan cara anda sedang menangani masalah-masalah yang anda hadapi (contohnya amat agresif, selalu pasif atau tidak ambil hirau, dll).
4. Saiz rumah idaman anda itu adalah berkaitan dengan kemahuan anda untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang anda hadapi.
5. Jika anda tidak ‘memagari’ rumah anda itu, bermakna anda seorang individu yang berpersonaliti terbuka dan anda menerima kritikan dan pendapat orang lain dalam hidup. Jika rumah itu ‘dipagar’, ianya bermakna personaliti anda agak tertutup dan anda suka berahsia lebih-lebih lagi tentang masalah, dilema atau konflik yang terpaksa anda hadapi.
6. Jika jawapan anda untuk soalan ini tidak berkaitan dengan makanan dan minuman, bunga-bungaan dan barang perhiasan atau tentang manusia serta individu lain – Ini bermakna dalam hidup, anda seorang yang lebih cenderung untuk murung dan rungsing.
7. Cawan yang anda jumpai itu adalah berkaitan dengan hubungan anda dan individu yang anda senaraikan dalam Soalan Pertama. Jadi, jika cawan yang anda jumpai itu diperbuat dari plastik dan bukannya besi – Ini bermakna perhubungan anda dan individu itu kurang kukuh dan mudah retak, dan sebaliknya (berpandukan dari apa cawan itu diperbuat).
8. Reaksi dan tindakan anda ke atas cawan itu sangat berkaitan dengan attitude anda terhadap individu yang anda senaraikan dalam Soalan Pertama.
9. Jika air itu datang dari dalam sebuah baldi ianya bermakna kemahuan (spirit) anda dalam hidup adalah kecil, tapi jika air itu datangnya dari sebuah lautan bermakna anda mempunyai kemahuan yang kuat untuk hidup dan menikmati kehidupan yang sebenar. Anda harus membuat perbandingan dari contoh ini.
10. Dan yang terakhir, jika anda langsung tidak basah ketika melintasi air yang anda jumpa, ini bermakna kemahuan seksual tidak penting dalam hidup anda. Jika anda basah kuyup pula, bermakna anda hidup untuk seks dek nafsu yang sentiasa membara!

Saturday, January 15, 2011

SINOPSIS FILEM KHURAFAT

Sinopsis:

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.

Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini… Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. 

 Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. 

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?



Pengarah : Syamsul Yusof 
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : PG-13 – Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 13 Januari 2011
Durasi : 80 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

ANTARA BABAK DALAM FILEM KHURAFAT





Ulasan   Aku   Sendiri :
Baru tadi aku g tengok cerita nih dengan mak n adik2 aku kat MBO The Spring Mall...Ramai juga yang g tengok memandangkan crita nih bru beberapa hari kuar kat pawagam..haha...aku teringat masa aku g tengok cerita nih..ada seorang budak laki tengok juga dengan member2 dia..bukan main lagi budak lagi 2 jerit2 n x duduk diam(terlompat2) sambil peluk member dia kat seblah...adeh..penakut rupanya bila tiba scene yang ada kuar hantu...pergh..hilang macho....sekali aku tengok rupanya lelaki jenis lembut rupaya...aku yg tadi ketakutan pun x jd bila tengok gelagat budak laki 2..memang lucu..haha...adeh..melelat la pulak ..td ckp nak buat ulasan sendiri...kih3

Bagi aku cerita nih memang best.....nak dijadikan cerita mula2 aku ingat dalam cerita nih makcik yang keje cleaner kt hospital 2 yang jahat..rupanya dia baik...dia mcm pelik jer dlm citer nih..rupa2 nya Syamsul Yusuf yang punya puncanya..yg x best dia mati last2 citer nih..kesian tengok mak n isteri dia...Syamsul mati accident masa g bawa jenazah Sabrina 2 balik kampung dengan menggunakan van jenazah dan van 2 accident jatuh ke dalam gaung..rupa2nya bayangan yang sentiasa menghantui si Syamsul dan Liyana Jasmay dalam citer nih pun puncanya dari Syamsul yang mengamalkan perjanjian dengan syaitan tetapi mengingkari janji setelah perempuan itu dia abaikan dan ditinggalkan..mulanya aku ingatkan si Syamsul 2 x mati sebab ada scene dia tersedar pas accident..yang sedihnya bila dia dalam koma dia tengok sendiri yang diri dia dah mati..apabila sedar terus dari koma si Syamsul ni pun terus meninggal..hehe..kalau nak tahu lebih lanjut..tengokla kat pawagam yang berdekatan dengan anda..
haha..bagi aku x rugi kalu nak tengok cerita nih..memang best giler...haha..harap ada lagi filem-filem seram kat Malaysia yang best macam ni...apapun syabas buat pengarah muda Syamsul Yusof....hasil dia kali  ini memang terbaik...SYABAS!!!