Sinopsis:
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.
Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini… Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing.
Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : PG-13 – Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 13 Januari 2011
Durasi : 80 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
ANTARA BABAK DALAM FILEM KHURAFAT
Ulasan Aku Sendiri :
Baru tadi aku g tengok cerita nih dengan mak n adik2 aku kat MBO The Spring Mall...Ramai juga yang g tengok memandangkan crita nih bru beberapa hari kuar kat pawagam..haha...aku teringat masa aku g tengok cerita nih..ada seorang budak laki tengok juga dengan member2 dia..bukan main lagi budak lagi 2 jerit2 n x duduk diam(terlompat2) sambil peluk member dia kat seblah...adeh..penakut rupanya bila tiba scene yang ada kuar hantu...pergh..hilang macho....sekali aku tengok rupanya lelaki jenis lembut rupaya...aku yg tadi ketakutan pun x jd bila tengok gelagat budak laki 2..memang lucu..haha...adeh..melelat la pulak ..td ckp nak buat ulasan sendiri...kih3
Bagi aku cerita nih memang best.....nak dijadikan cerita mula2 aku ingat dalam cerita nih makcik yang keje cleaner kt hospital 2 yang jahat..rupanya dia baik...dia mcm pelik jer dlm citer nih..rupa2 nya Syamsul Yusuf yang punya puncanya..yg x best dia mati last2 citer nih..kesian tengok mak n isteri dia...Syamsul mati accident masa g bawa jenazah Sabrina 2 balik kampung dengan menggunakan van jenazah dan van 2 accident jatuh ke dalam gaung..rupa2nya bayangan yang sentiasa menghantui si Syamsul dan Liyana Jasmay dalam citer nih pun puncanya dari Syamsul yang mengamalkan perjanjian dengan syaitan tetapi mengingkari janji setelah perempuan itu dia abaikan dan ditinggalkan..mulanya aku ingatkan si Syamsul 2 x mati sebab ada scene dia tersedar pas accident..yang sedihnya bila dia dalam koma dia tengok sendiri yang diri dia dah mati..apabila sedar terus dari koma si Syamsul ni pun terus meninggal..hehe..kalau nak tahu lebih lanjut..tengokla kat pawagam yang berdekatan dengan anda..
haha..bagi aku x rugi kalu nak tengok cerita nih..memang best giler...haha..harap ada lagi filem-filem seram kat Malaysia yang best macam ni...apapun syabas buat pengarah muda Syamsul Yusof....hasil dia kali ini memang terbaik...SYABAS!!!
0 comments:
Post a Comment